Tonton Online Lelaki Harapan Dunia (2014) Full Movie. Filem Melayu Satira Komedi yang mengisahkan mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.
Men Who Save the World / Lelaki Harapan Dunia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang (Wan Hanafi Su) telah dihuni hantu. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak mempercayai perkara tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah hantu itu Orang Minyak?
Filem Lelaki Harapan Dunia diarahkan oleh pengarah berbangsa Cina bernama Liew Seng Tat. Filem kontroversi yang penuh sindiran (Sarcasm) ini dilakonkan oleh Sofi Jikan, Azhan Rani, Hishamuddin Rais, Jalil Hamid dan ramai lagi. Lelaki Harapan Dunia (2014) Online Streaming.
Lelaki Harapan Dunia (2014) Full Movie
Lelaki Harapan Dunia ini munculan terlebih dahulu di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, kemudian di tayangan perdana di Amerika Utara (Festival Filem Antarabangsa Toronto) pada September 2014, diikuti tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun seterusnya pada bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33 serta Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 (merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia).
Filem ini juga dikatakan penuh sindiran (Sarcasm) oleh Ahmad Idham. Tonton Streaming Lelaki Harapan Dunia (2014) Full Movie. Filem paling Kontroversi dan penuh maksud tersirat.

No comments:
Post a Comment